Want your
own Fotopage?







 
NUR LEMBAH LENGGONG's FotoPage

By: NUR LEMBAH LENGGONG NLL

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[Archive]
Wednesday, 8-Sep-2010 00:00 Email | Share | | Bookmark
NUR LEMBAH LENGGONG TRAINING VILLAGE

NUR LEMBAH LENGGONG
NUR LEMBAH LENGGONG
PETA
View all 33 photos...
DEKAT DI MATA LEKAT DI HATI, Memancar Kembali Kejernihan Hati. Itulah slogan yang menggambarkan kelebihan Nur Lembah Lenggong Training Village. Nur yang bermaksud cahaya. Cahaya itu pula berada di kawasan lembah dengan suasana damai dikelilingi hutan dan anak sungai.

Sekali pergi rasa nak lagi umpama melekat di hati, manakala pengalaman di sini memancar kejernihan hati. Bayangkan kedamaian yang bakal dinikmati di kawasan kehijauan yang terletak di Selat Pagar Padang Grus Lenggong Perak. Nur Lembah Lenggong Training Village menawarkan suasana damai di pinggir kota yang dikelilingi hutan hujan tropika, kolam, sungai, anak air, air terjun dan suasana kehijauan.

Usianya masih muda kerana baru beroperasi setahun lalu. Lebih menarik, Nur Lembah Lenggong Training Village bukan saja untuk berehat bersama keluarga, malah penganjuran program motivasi, perkhemahan dan hari keluarga.

Bagi yang mahu mengadakan hari keluarga, Nur Lembah Lenggong Training Village menyediakan dataran untuk sukaneka dengan pelbagai acara yang akan diatur serta dikendalikan kakitangan berpengalaman.

Sekolah, pertubuhan belia dan organisasi boleh mengadakan perkhemahan motivasi jika mahukan kelainan kerana selain, asrama, chalet dan banglo, tapak perkhemahan untuk 500 orang disediakan di sini.

Ia juga menyediakan dewan kuliah berhawa dingin untuk keselesaan mereka yang mahu menganjurkan kursus, kem motivasi atau program percambahan fikiran. Turut disediakan, dewan terbuka pelbagai guna untuk sebarang kegiatan.

Pusat peranginan ini juga menyediakan surau yang boleh memuatkan 120 jemaah untuk kegunaan umat Islam beribadat.

Aktiviti luar diperbanyakkan supaya pelanggan dan pengunjung tidak bosan. Antaranya, lawatan ke gua, treking di hutan dan pada waktu malam, melepasi halangan, berakit dan kayak, menuruni bukit dengan tali, flying fox merentasi sungai Perak, permainan perang, mendaki dan kesedaran mengenai alam sekitar.

Pengusaha Nur Lembah Lenggong Training Village mengutamakan pengekalan kehijauan dan kebersihan sehingga ketika pembinaan, penebangan pokok besar dilakukan secara paling minimum yang pasti memberikan suasana nyaman dan sejuk, terutama waktu malam.

Kebersihan kawasan dijadikan matlamat utama dan kesegaran persekitaran bakal menjadi memori indah pengunjung selepas menginap di sini. Untuk keselesaan, jalan bertar dibina hingga ke kawasan resort dan kenderaan pengunjung seperti kereta dan bas mudah menurunkan penumpang dan barangan yang mereka bawa.

Nur Lembah Lenggong Training Village memberikan layanan mesra kepada tetamu dengan pegawai dan pekerja dilatih untuk membudayakan adat resam positif kaum Melayu yang memberi layanan terbaik kepada pengunjung.

Bakal pelanggan yang ingin mengadakan program akan dipersilakan masuk ke pejabat. Selepas berbincang, mereka dibawa melawat persekitaran untuk lebih memahami kemudahan, penginapan, dewan dan kelengkapan yang disediakan.

Harga dan kandungan pakej pula boleh diubahsuai melalui perundingan sehinggalah pelanggan berpuashati dengan sebut harga yang dikemukakan. Kadar kontrak dan potongan harga istimewa diberikan kepada pelanggan yang membuat program berulang kali atau mewakili pelanggan lain.

Tren masa kini menyaksikan pelanggan diwakili broker atau perunding untuk program mereka dan Nur Lembah Lenggong Training Village mengambil kira peranan mereka dengan memberikan pakej menarik.

Mengenai makanan, resort ini menyediakan pelbagai menu dan boleh diubahsuai mengikut selera pelanggan.

Keselamatan tetap menjadi keutamaan. Justeru, semua aktiviti luar dikendali perunding berpengalaman bagi keselamatan pengunjung. Tanpa jaket keselamatan, mereka tidak dibenarkan dalam aktiviti berakit atau aktiviti air lain.

Nur Lembah Lenggong Training Village berusaha menjadi pusat setempat untuk pelanggan dengan menyediakan bas dan van untuk mereka yang mahukan pengangkutan.

PROGRAM
-Program Motivasi dan Induksi
-Kursus, Seminar dan Persidangan
-Hari Keluarga
-Khemah Kesedaran Alam Sekitar
-Sukan lasak dan mencabar (eco-challenge)
-War Games
-Absailing
-Flying Fox
-Pengembaraan Hutan / Jungle Tracking
-Memanjat Gunung
-Sukan / Larian Berhalangan
-XPDC sungai dengan rakit dan kayak
-XPDC gua

-Memancing di Sungai Perak
-Perkhemahan, BBQ dan Unggun Api

Mereka yang berminat menikmati kedamaian dan kesegaran suasana kampung dan hutan boleh mendapatkan maklumat dengan menghubungi talian 012-9466258 (fara), 013-3883966 (Faizal) [/b][youtube]


Tuesday, 27-Apr-2010 02:02 Email | Share | | Bookmark
Nur Laman Bestari

 
 
 
View all 6 photos...
PROGRAM MOTIVASI- OUTDOOR- JUNGLE TREKKING- PAINT BALL WAR GAME- FLYING FOX- KAYAK- RIVER RAFTING- SWIMMING POOL- SEMINAR HALL- OPEN HALL- LOTS MORE TO ENJOY.


Monday, 11-May-2009 04:08 Email | Share | | Bookmark

NUR LEMBAH LENGGONG
 
 


Monday, 11-May-2009 03:54 Email | Share | | Bookmark
CARA TEMPAHAN/ KEMUDAHAN

Bagi memudahkan tempahan di Nur Lembah Lenggong sila ikuti prosedur berikut:


LANGKAH 1 - NYATAKAN MAKLUMAT DIRI

Sila nyatakan maklumat berikut kepada kami:
Nama Penuh (person incharge)
Nama Syarikat, Jabatan dan alamat surat menyurat
No. Telefon (& samb.) serta no. telefon bimbit
Maklumat lain yang berkaitan:
1) Tarikh Program
2) Jumlah Peserta (lelaki & Perempuan)
3) Jumlah Urusetia (lelaki & Perempuan)
4) Jenis Kemudahan yg diperlukan (cth. bilik seminar/ dewan terbuka/ etc)
5) Program 'outdoor' ( cth. jungle trekking/ paint ball/ river rafting/ flying fox/ etc)

EMAIL KEPADA: faramhm@yahoo.com/ fax ke 09-858 2948

LANGKAH 2 - DAPATKAN SEBUTHARGA

Semak brosur pakej yang ditawarkan oleh Nur Lembah Lenggong
Nyatakan keperluan program pelanggan
Lengkapkan borang PERINCIAN TEMPAHAN
Dapatkan SEBUTHARGA untuk rujukan tuan

Antara kemudahan yang disediakan oleh Nur Lembah Lenggong - Penginapan Chalet

- Penginapan Domitori

- Dewan Kuliah (Berhawa Dingin)

- Dewan Terbuka Pelbagai Guna

- Tapak Perkhemahan & Khemah

- Kafeteria

- Kawalan Keselamatan
- Kolam Aktiviti

- Khidmat Pertolongan Cemas

- Peralatan BBQ

- Dataran Kawad

- Laluan Berhalang (Obstacle)

- Kayak dan jaket keselamatan

- Helipad





Tuesday, 28-Apr-2009 08:09 Email | Share | | Bookmark
GENERAL QUOTATION

Please Contact us to get your Quotation or visit www.pangsun.com


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net